Thursday, April 22, 2010


Majlis Sesi Dialog di beberapa JKKK dalam DUN Seri Menanti

Salam 1 Malaysia...

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak merupakan satu wadah yang menyeluruh dan amat relevan. Saya percaya jika kita amati falsafah ini, ia berpotensi untuk menjadikan Kerajaan hari ini kembali dekat di hati rakyat. Lihat sahaja pada ungkapan “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”. Ia merupakan ramuan yang penting dalam memastikan Kerajaan memberi perkhidmatan yang terbaik, sejajar dengan aspirasi dan cita-cita rakyat .

Buat masa ini, antara agenda yang saya akan perjuangkan ialah untuk mengamalkan sikap yang lebih prihatin. Elemen penting dalam memupuk sikap prihatin ini ialah untuk memperkasakan suara rakyat. Jika sebelum ini ada segelintir pemimpin yang lebih selesa mendengar laporan berkenaan sesuatu isu di dalam bilik yang berhawa dingin, dan mendengar hanya dari sebelah pihak, saya bercadang untuk membawa pendekatan baru iaitu “turun padang” dan mendengar sendiri luahan hati dan rintihan rakyat.


Saya telah membuat keputusan untuk memperkasakan suara rakyat melalui proses dialog dengan rakyat. Tujuan sesi dialog seperti ini bukan sekadar untuk memberi penerangan dan mendengar rintihan rakyat semata-mata tetapi banyak idea-idea bernas yang diberi oleh penduduk mengenai keperluan di kawasan mereka. Idea-idea ini boleh dikaji dan jika sesuai, boleh digunapakai dalam perancangan pembangunan di sesebuah kawasan.

Thursday, March 18, 2010

Majlis Ramah Mesra Anak-anak Negeri Sembilan @ Facebook

Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Negeri Sembilan @ facebook telah berlangsung pada 14 Mac 2010 bertempat di Restoran Warisan , Pusat Kraf Terachi. Ianya sebagai detik permulaan perkenalan anak jati negeri ini yang telah menjadi fans kepada laman sosial tersebut.

Pihak pengurusan AANS mengambil inisiatif intuk mengadakan majlis ini memandangkan komunikasi di dalam Facebook agak terhad. Alhamdulillah , walaupun pertama kali berjumpa , AANS @ Facebook sangat ramah dan terpancar kemesraan antara satu sama lain.


Pendapat saya , laman sosial sebegini merupakan platform yang begitu efektif kepada fans untuk berinteraksi dan bertukar pendapat mengenai isu semasa yang berlaku di Negeri Sembilan mahupun di tempat lain.
Harapan saya , agar AANS @ facebook dapat memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bersama fans sekaligus dapat menarik anak-anak Negeri Sembilan yang berada jauh dari kampung halaman agar dapat pulang ke kampung ,menikmati keindahan Negeri Sembilan dan merapatkan silaturrahim bersama keluarga.

Tuesday, March 9, 2010

Sunday, February 21, 2010

Perasmian Penutup Pertandingan Futsal Anjuran Persatuan Belia Taman Paroi Jaya, Seremban





Sebanyak 26 kumpulan dari sekitar Taman Paroi Jaya telah menyertai kejohanan ini. Ia termasuklah pasukan-pasukan undangan dari Paroi dan Taman Panchor Jaya.
Kumpulan ' La Vida Torres ' dari Taman Paroi Jaya telah menjuarai kejohanan ini. Mereka memenangi Piala , Medal dan juga wang tunai berjumlah RM300.00
Kepada Persatuan Belia Taman Paroi Jaya, selamat maju jaya dan teruskan bergiat aktif dalam mengadakan pelbagai akviti belia.

Majlis Perasmian Program sehari Bersama Masyarakat Dan Keluarga Bebas Dadah 2010


Program ini telah berjalan dengan lancar pada 20 Februari 2010
( Sabtu) bertempat di Balairaya Ulu Temiang, Seremban. Ianya adalah anjuran MIYC Cawangan Temiang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sembilan , PDRM serta jabatan-jabatan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Penjara dan Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional. Seramai 300 orang penduduk sekitar telah turut sama memeriahkan majlis ini. Semoga Persatuan Belia MIYC Cawangan Temiang terus aktif dalam mengadakan program-program yang memberi manafaat kepada masyarakat. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

Sunday, February 7, 2010

Program Juara Rakyat DUN Seri Menanti - Kg Gemetir ,Tanjung Ipoh


Program Juara Rakyat DUN Seri Menanti telah diadakan pada 26 Januari 2010 di Dewan Orang Ramai Kampung Gemetir ,Tanjung Ipoh. Antara pengisian program adalah :

1. Perasmian Dewan Orang Ramai Kampung Gemetir
2. Penyampaian Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Dun Seri Menanti
3. Penyerahan Kunci Gelanggang Futsal Kg Gemetir, Kg Tanong Ipoh Dan Kg Ulu Bendul
4. Penyampaian Bantuan Pelajaran IPTA / IPTS daripada Menteri Besar Negeri
5. Penyampaian Set Komputer kepada SK Chung Hwa Tg Ipoh , JKKK Kg Talang Ulu , JKKK Kg Kuala Talang dan JKKK Kg Tengah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat..

Monday, December 21, 2009

Majlis Pelancaran Mini Bike Jam , Kelab N9 Bikers



Majlis pelancaran yang telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia ini adalah bersempena Pelancaran Logo Bahru dan Laman Web Rasmi Kelab N9 Bikers.Alhamdulillah , majlis ini dapat mengumpulkan serta mengeratkan lagi silaturrahim rakan-rakan bikers seluruh Negeri Sembilan , Melaka, Johor, Perak , Terengganu dan juga Singapura.

Antara rasional dan matlamat Kelab ini adalah :

  • Menyatukan semula perpaduan antara ahli lama dan ahli baru Kelab N9 Bikers.
  • Memberi imej baru kepada Kelab N9 Bikers sebagai sebuah NGO yang unggul dan berwibawa di Negeri Sembilan

  • Sebagai contoh kepada para belia dan remaja masa kini dalam menjalankan aktiviti bermanfaat bersama Kementerian Belia dan Sukan.