Monday, December 21, 2009

Majlis Pelancaran Mini Bike Jam , Kelab N9 Bikers



Majlis pelancaran yang telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia ini adalah bersempena Pelancaran Logo Bahru dan Laman Web Rasmi Kelab N9 Bikers.Alhamdulillah , majlis ini dapat mengumpulkan serta mengeratkan lagi silaturrahim rakan-rakan bikers seluruh Negeri Sembilan , Melaka, Johor, Perak , Terengganu dan juga Singapura.

Antara rasional dan matlamat Kelab ini adalah :

  • Menyatukan semula perpaduan antara ahli lama dan ahli baru Kelab N9 Bikers.
  • Memberi imej baru kepada Kelab N9 Bikers sebagai sebuah NGO yang unggul dan berwibawa di Negeri Sembilan

  • Sebagai contoh kepada para belia dan remaja masa kini dalam menjalankan aktiviti bermanfaat bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis Penutup Kejohanan Bola Jaring Dan Bola Sepak Piala ADUN Seri Menanti


Liga Bola Sepak Dan Bola Jaring Piala ADUN Seri Menanti telah berlangsung dari 7 June 2009 hingga 6 Disember 2009. Sebanyak 13 pasukan bola jaring dan 13 pasukan bola sepak telah menyertai liga ini. Pada 11 Disember 2009 Majlis Penutup Kejohanan ini telah diraikan di Dewan Orang Ramai Tanjong Ipoh . Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat.
  • Keputusan Liga Bola Jaring ADUN Seri Menanti
Tempat Pertama : Pasukan Kg Tebing Tinggi
Tempat Kedua : Pasukan Kg Gedang
Tempat Ketiga :Pasukan Kg Ulu Bendul
Tempat Ke empat : Pasukan Smart Team ( Gabungan Kg seri Menanti ,Mertang ,Sikai)
  • Keputusan Liga Bola Sepak ADUN Seri Menanti
Tempat Pertama : Pasukan Kg Tanjung Ipoh
Tempat Kedua : Pasukan Kg Buyau
Tempat Ketiga : Pasukan Kg Ibol
Tempat Ke empat : Pasukan Kg Gamin

Wednesday, October 28, 2009

Program Jejak Warisan: Kayak Rentas Sempadan Port Dickson - Pulau Rupat , Sumatera.


Alhamdulillah..
Semuanya telah berjalan dengan lancar dari 18 hingga 20 Oktober 2009 yang lalu.
Seramai 120 orang belia telah menyertai program lasak ini.Majlis penutup program telah diraikan di Pengkalan Sungai Timun bersama anakanda DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Muhriz.Sebagai gimik menyambut kepulangan anak raja , Tunku Zain Al'Abidin telah turut sama berkayak sejauh 1.5 kilometer dari Pengkalan Sungai Timun dan di sambut oleh kekandanya, Tunku Ali Redhauddin.
Program Jejak Warisan: Kayak Rentas Sempadan ini sebenarnya amat signifikan sekali dengan majlis sambutan bersempena Pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 ,Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir. Bagi mengabadikan lipatan sejarah kesultanan melayu Negeri Sembilan, maka generasi hari ini perlu disegarkan semula dengan sejarah ini.

Laluan dari Port Dickson ke Pulau Rupat ini merupakan laluan yang disebut di dalam sejarah awal sistem beraja Negeri Sembilan. Manakala kawasan Sungai Timun ini pula, dikatakan pernah menjadi penempatan awal raja yang kemudiannya diangkat menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Semua ini merupakan antara sejarah awal yang perlu difahami dan dihayati oleh generasi masa kini.

Tuesday, September 29, 2009

Sidang Media Bagi Program Kayak Rentas Sempadan ,Port Dickson - Pulau Rupat Sumatera


Sempena Pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 pada 26 Oktober 2009 ini , satu program Kayak Rentas Sempadan dari Port Dickson ke Pulau Rupat Sumatera akan dilaksanakan dari 17 hingga 20 Oktober 2009. Sidang media bagi program tersebut telah pun diadakan pada 15 September 2009 bertempat di Restoran Nurmaisarah , Seremban.

Seramai 35 orang wartawan telah hadir dan turut bersama-sama berbuka puasa.

Sunday, September 6, 2009

Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Fakir Miskin Di DUN Seri Menanti



Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan pada 1 September 2009 yang lalu bertempat di Dewan Tuanku Ampuan Najihah . Majlis ini adalah anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan seramai 178 orang fakir miskin telah menerima bantuan ini.Dalam pada yang sama , Kumpulan Lembaga Tabung Haji juga turut sama-sama menghulurkan sumbangan kepada fakir miskin bagi persiapan mereka menyambut Hari Raya.

Tuesday, August 18, 2009

Seminar Kepimpinan Pengerusi Dan Setiausaha JKKK DUN Seri Menanti di Teluk Nipah , Pulau Pangkor.

Seminar ini telah diadakan pada 14 sehingga 16 Ogos 2009 , bertempat di Suria Beach Resort, Pulau Pangkor. Ia disertai oleh seramai 60 orang Pengerusi dan Setiausaha JKKK Seri Menanti serta 10 wakil terdiri dari Pejabat Daerah Kuala Pilah, Pejabat KEMAS Kuala Pilah , Pejabat DUN Seri Menanti dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sembilan.

Ucapan Aluan kepada semua peserta....

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Khas , Menteri Besar Negeri Perak

Penolong Pengarah AADK Negeri Sembilan sedang memberi taklimat mengenai dadah kepada semua peserta.


Peserta sedang tekun mendengar taklimat sepanjang seminar dijalankan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program tersebut.

Tuesday, July 28, 2009

Majlis Pelancaran 1 Senawang 1 Malaysia Dan Pelancaran Jom Masuk Kampung Daerah Seremban

Majlis Pelancaran 1 Senawang 1 Malaysia Dan Pelancaran Jom Masuk Kampung Daerah Seremban telah diadakan bertempat di Taman Seri Mawar Senawang pada 25 Julai 2009.

Antara aktiviti yang telah dijalankan :
1. Pameran dari pelbagai jabatan dan agensi.
2. Pertandingan Karaoke
3. Pertandingan Mewarna
4. Pertandingan Memasak
5. Pertandingan Gubahan
6. Ceramah Kekeluargaan
7. Ceramah Dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan , Menteri Besar Negeri Sembilan. Dikesempatan itu juga, Y.A.B Dato' Seri Utama sempat menyempurnakan beberapa acara seperti di bawah :

1. Penyampaian Bantuan Agihan dari Baitulmal Negeri Sembilan
2. Penyampaian Jersi Bola Sepak sempena Liga Bola Sepak DUN Senawang
3. Penyampaian topi keledar kepada setiap pengerusi KRT DUn Senawang




Wednesday, May 13, 2009

Program Amal Kelab Porsche Malaysia Bersama Anak-Anak Yatim dan Istimewa


Program ini adalah dengan kerjasama antara Klana Resort Seremban , Kelab Porsche Malaysia , Majlis Perbandaran Seremban dan Negeri FM.Ia turut meraikan anak-anak yatim dan istimewa dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Darul Aminan-Ampangan ,Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar-Rasah serta Pusat Jagaan Horizon -Taman Bukit Chedang.

Tetamu Kehormat ialah YAB Dato' Seri Utama Mohamad Bin Hasan ,Menteri Besar Negeri Sembilan.

Aktiviti

  • Kelab Porsche telah berkonvoi mengelilingi Bandar Seremban sebelum berhenti di Kelana Resort
  • VIP , anak-anak Yatim serta kanak-kanak istimewa telah dibwa menaiki kereta Porsche.
  • Hi-Tea bersama VIP , Ahli Kelab Porsche , Anak-Anak Yatim dan Kanak-Kanak Istimewa
  • Pameran Kereta Porsche