Wednesday, October 28, 2009

Program Jejak Warisan: Kayak Rentas Sempadan Port Dickson - Pulau Rupat , Sumatera.


Alhamdulillah..
Semuanya telah berjalan dengan lancar dari 18 hingga 20 Oktober 2009 yang lalu.
Seramai 120 orang belia telah menyertai program lasak ini.Majlis penutup program telah diraikan di Pengkalan Sungai Timun bersama anakanda DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Muhriz.Sebagai gimik menyambut kepulangan anak raja , Tunku Zain Al'Abidin telah turut sama berkayak sejauh 1.5 kilometer dari Pengkalan Sungai Timun dan di sambut oleh kekandanya, Tunku Ali Redhauddin.
Program Jejak Warisan: Kayak Rentas Sempadan ini sebenarnya amat signifikan sekali dengan majlis sambutan bersempena Pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 ,Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir. Bagi mengabadikan lipatan sejarah kesultanan melayu Negeri Sembilan, maka generasi hari ini perlu disegarkan semula dengan sejarah ini.

Laluan dari Port Dickson ke Pulau Rupat ini merupakan laluan yang disebut di dalam sejarah awal sistem beraja Negeri Sembilan. Manakala kawasan Sungai Timun ini pula, dikatakan pernah menjadi penempatan awal raja yang kemudiannya diangkat menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Semua ini merupakan antara sejarah awal yang perlu difahami dan dihayati oleh generasi masa kini.