Wednesday, January 28, 2009

26 Januari 2009

Program Sukan Belia Dan Sukaneka Tahun 2009 Anjuran Belia 4B Cawangan Ulu Bendul..
Meniup wisel bagi memulakan acara tarik tali.
Turut sama-sama menjayakan acara ialah Ketua Pemuda Cawangan Ulu Bendul,
Encik Nor Haszemi Bin Abu Hasan

Lawatan Kolam Udang , 26 Jan 2009

Satu lawatan ke Kolam Udang milik Encik Fadzil di Ulu Bendul telah diadakan pada 26 Januari 2009 ,jam 2.30 petang. Beliau ada masa kini sedang mengusahakan 17 buah kolam udang bersama 3 orang rakannya.Hasil ternakan tersebut telah dipasarkan di hotel-hotel,pasaraya dan restoran di kawasan Seremban.



Friday, January 23, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN VOKASIONAL

Karnival Pendidikan dan Vokasional akan diadakan pada hujung Februari ini. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada belia dan pelajar lepasan sekolah melihat peluang-peluang yang sesuai untuk mereka samada ke IPT atau pun ke Institut Kemahiran.Program ini adalah julung kali di adakan di Negeri Sembilan dan ia akan melibatkan semua universiti awam dan swasta.Manakala dalam latihan kemahiran pula ianya akan melibatkan institutusi latihan di dalam negeri seperti Institut Teknologi Yayasan, IKBN , Giat MARA dan lain-lain lagi.

BERSAMA MEMBANTERAS, DADAH, HIDU GAM DAN ARAK HARAM.

Kini..perbuatan menghidu gam dan meminum arak murah 'Thai song' dikalangan remaja terutama pelajar sekolah telah mula menular.Ia nya menjadi kebimbangan terutamanya di kalangan ibu bapa kerana arak thai song merupakan satu bahan khayal yang murah dan mudah di dapati.Arak thai Song mengandungi hampir 30 % alkohol dan dikatakan akan mempunyai kesan yang lebih hebat jika ianya di campurkan dengan pil ectasy atau bahan-bahan khayal yang lain.Oleh itu,langkah-langkah bersepadu yang melibatkan semua pihak, terutama ibubapa bagi mencegah gejala ini amat diharapkan.

Kerajaan telah mengambil langkah bijak untuk mengatur satu kempen kesedaran yang akan dijalankan di kawasan-kawasan awam untuk tujuan memberikan pengetahuan tentang bahaya gejala ini kepada remaja di daerah seremban dan daerah-daerah yg di fikirkan berisiko.
Pelajar-pelajar dan remaja dinasihatkan mengelakan diri dari terjebak dan akan bersama-sama kami bergading tangan menangani gejala ini.

Wednesday, January 21, 2009

Kenangan Di Terengganu

Antara aktiviti-aktiviti di Kuala Terengganu


Berbincang bersama Sdr Adnan Saleh,

ketua peti undi Mengadang Akar


YAB Menteri Besar N.Sembilan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Thursday, January 15, 2009

Pilihanraya Kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu


YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan sedang memberi taklimat tentang Pilihanraya Kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu di Rumah Perhubungan UMNO N.Sembilan.



Turut sama ialah sayap-sayap parti UMNO dari Negeri Sembilan.

Wednesday, January 14, 2009

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Seramai lebih kurang 1200 orang rakyat sekitar Seri Menanti telah hadir ke Masjid Di Raja Tuanku Munawir bagi Majlis Tahlil dan bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Turut hadir ialah Yang Maha Mulia Tengku Aishah Rohani, Putera-Putera Baginda Tuanku, Dato’-Dato’ Undang dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Haji Hasan,Menteri Besar Negeri Sembilan.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti tahlil dan bacaan yasin serta solat isyak. Seterusnya seluruh rakyat telah dijamukan dengan jamuan makan malam di Dewan Banquet, Istana Seri Menanti.

11 Januari 2009



Pada 11/1 /2009 yang lepas ,saya telah melawat ke peti undi (PU) Ladang dan Mengadang Akar.Di sana,saya sempat berbincang bersama Pengerusi PU Saudara Adnan Bin Saleh bagi mengadakan program sukan futsal, bola jaring dan sepak raga bulatan pada 16 Januari 2009 bersamaan hari Ahad.
Perbincangan dan mesyuarat juga dijalankan di peringkat cawangan yang melibatkan puteri, pemuda, wanita dan JKKK.




Thursday, January 8, 2009

Merafak Sembah Tahniah Di Atas Permahsyuran Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Patik ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas permasyhuran baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. DAULAT TUANKU!

Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar

AL-FATIHAH


Salam Takziah,

Patik selaku ADUN Kawasan Seri Menanti serta hamba rakyat ingin merakamkan ucapan takziah diatas kemangkatan Yang DiPertuan Besar N.S, Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Dis 2008. Almarhum yang juga Yang DiPertuan Agong ke-10 mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira jam 11.45 pagi ketika berusia 86 tahun.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Almarhum dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh.