Tuesday, April 28, 2009

Majlis Pelancaran Program Inisiatif Topi Keledar Luar Bandar

Majlis Penyerahan Topi Keledar DUN Seri Menanti telah dirasmikan oleh YB Dato' Ismail Bin Lasim pada 25 April 2009 bertempat di Padang Awam Seri Menanti.Program ini adalah anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan bertujuan untuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya dan kepentingan menggunakan topi keledar .
Gimik Pelancaran Majlis Penyerahan Topi Keledar DUN Seri Menanti
Demonstrasi cara menggunakan topi keledar dengan selamat dan betul.
YB Dato Ismail bin Lasim memakaikan topi keledar kepada warga Seri Menanti.
Penduduk DUN Seri Menanti yang sentiasa memberi kerjasama dalam apa jua program yang dijalankan.

Majlis Rakan Anti Dadah ( RADA )

Senario penyalahgunaan dadah di negara ini telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat seolah-olah tiada penghujungnya. Saban hari berita mengenai dadah dipaparkan di dada akhbar dan media massa.Justeru itu, kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Rakan Antidadah (RADA) bagi mendidik masyarakat Malaysia khususnya generasi muda memahami bahaya penyalahgunaan dadah.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan.

Penyanyi Hattan sebagai Ikon RADA Negeri Sembilan


Kaunter Pendaftaran Ahli RADA telah mendapat sambutan yang paling menggalakkan.


Pameran dari Jabatan Belia Dan Sukan turut mendapat sambutan dari pengunjung



Sukan antara RADA daerah berjalan lancar dan baik.

Wednesday, April 8, 2009

Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang, DUN N.15 Trong Perak Darul Ridzuan

Bersama-sama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, berkempen di DUN Trong..

Walaupun hujan,tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkempen...

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009


Alhamdulillah..
Perhimpunan pada kali ini tertumpu kepada soal pemilihan pucuk kempimpinan Majlis Tertinggi UMNO dan tiga sayap di bawahnya iaitu sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Pada kali ini, Pengerusi UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengetuai perhimpunan buat kali terakhir kerana tidak bertanding jawatan tersebut pada perhimpunan tersebut.YAB Datuk Seri Najib Razak diisytiharkan sebagai Presiden UMNO ke-7 setelah menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO. Jawatan Timbalan Presiden UMNO dimenangi oleh Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengalahkan seorang lagi calon iaitu Tan Sri Muhammad Taib. Tiga jawatan Naib Presiden pula diisi oleh tiga muka baru iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Tahniah kepada Datuk Seri Mohd. Najib atas pemilihan sebagai Presiden UMNO yang ke 7. Semoga UMNO di bawah kepimpinan beliau akan lebih menyerlah dan dihormati oleh kawan dan lawan. Dengan barisan kepimpinan yang ampuh dan padu saya yakin dan percaya Datuk Seri Najib mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.