Wednesday, April 8, 2009

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009


Alhamdulillah..
Perhimpunan pada kali ini tertumpu kepada soal pemilihan pucuk kempimpinan Majlis Tertinggi UMNO dan tiga sayap di bawahnya iaitu sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Pada kali ini, Pengerusi UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengetuai perhimpunan buat kali terakhir kerana tidak bertanding jawatan tersebut pada perhimpunan tersebut.YAB Datuk Seri Najib Razak diisytiharkan sebagai Presiden UMNO ke-7 setelah menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO. Jawatan Timbalan Presiden UMNO dimenangi oleh Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengalahkan seorang lagi calon iaitu Tan Sri Muhammad Taib. Tiga jawatan Naib Presiden pula diisi oleh tiga muka baru iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Tahniah kepada Datuk Seri Mohd. Najib atas pemilihan sebagai Presiden UMNO yang ke 7. Semoga UMNO di bawah kepimpinan beliau akan lebih menyerlah dan dihormati oleh kawan dan lawan. Dengan barisan kepimpinan yang ampuh dan padu saya yakin dan percaya Datuk Seri Najib mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

No comments:

Post a Comment