Thursday, April 22, 2010


Majlis Sesi Dialog di beberapa JKKK dalam DUN Seri Menanti

Salam 1 Malaysia...

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak merupakan satu wadah yang menyeluruh dan amat relevan. Saya percaya jika kita amati falsafah ini, ia berpotensi untuk menjadikan Kerajaan hari ini kembali dekat di hati rakyat. Lihat sahaja pada ungkapan “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”. Ia merupakan ramuan yang penting dalam memastikan Kerajaan memberi perkhidmatan yang terbaik, sejajar dengan aspirasi dan cita-cita rakyat .

Buat masa ini, antara agenda yang saya akan perjuangkan ialah untuk mengamalkan sikap yang lebih prihatin. Elemen penting dalam memupuk sikap prihatin ini ialah untuk memperkasakan suara rakyat. Jika sebelum ini ada segelintir pemimpin yang lebih selesa mendengar laporan berkenaan sesuatu isu di dalam bilik yang berhawa dingin, dan mendengar hanya dari sebelah pihak, saya bercadang untuk membawa pendekatan baru iaitu “turun padang” dan mendengar sendiri luahan hati dan rintihan rakyat.


Saya telah membuat keputusan untuk memperkasakan suara rakyat melalui proses dialog dengan rakyat. Tujuan sesi dialog seperti ini bukan sekadar untuk memberi penerangan dan mendengar rintihan rakyat semata-mata tetapi banyak idea-idea bernas yang diberi oleh penduduk mengenai keperluan di kawasan mereka. Idea-idea ini boleh dikaji dan jika sesuai, boleh digunapakai dalam perancangan pembangunan di sesebuah kawasan.

No comments:

Post a Comment